Malam Nisfu Sya'ban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah.
Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]
Oleh itu,
1- Siapa yang banyak dosa; minta ampun.
2- Siapa yang rezeki sempit; minta rezeki.
3- Siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan.
Kerana pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat.
Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita.
DOA MALAM NISFU SYAABAN
Terdapat beberapa doa yang dianjurkan ulama salaf untuk dibaca pada malam Nisfu Sya’ban.
Antaranya doa yang dianjurkan Nabi Saw untuk dibaca pada malam Lailatul Qadar dan dikenal dengan doa Lailatul Qadar.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ertinya:
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii...
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).
Doa Lailatul Qadar ini juga dianjurkan dibaca pada malam Nisfu Sya’ban. Hal ini kerana malam Nisfu Sya’ban adalah malam paling utama setelah malam Lailatul Qadar.
Berikut adalah doa yang dianjurkan oleh ulama salaf pada malam Nisfu Sya'ban;
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى اللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَ اْلمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَة
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’. Allahumma inni as alukal ‘afwa wal ‘afiyata wal mu’afaatad daimata fid dunya wal akhirati.
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon keampunan-Mu, dan kesihatan dan kecukupan di dunia dan akhirat."
Telegram.me/kabilahilmu
Comments