Dalil Tukar Lafaz Azan Suruh Solat Di Rumah



Dalil tukar lafaz azan suruh solat di rumah itu kelihatan pelik. Tetapi ada dalilnya daripada Nabi SAW dan para sahabat.

Ketika hujan, Ibnu Abbas (sahabat besar Nabi) mencadangkan supaya jangan ucapkan "Hayya "Alas Solah" (marilah solat) tetapi ucapkan "Assolaatu Fi Buyuutikum" (solatlah di rumah kamu). Orang ramai tak setuju dengan cadangan Ibnu Abbas.

Lalu Ibnu Abbas berkata :"Kenapa kalian pelik ? Hal ini (tukar lafaz) pernah dilakukan oleh orang yang lebih baik daripada aku (iaitu Rasulullah).

Perkara ini ada disebut dalam Sohih Muslim dan Sunan Abi Daud.

Seorang lagi sahabat besar Nabi iaitu Ibnu Umar (sahabat yang sangat berusaha tepat ikut sunnah Nabi) pernah ucap dalam azannya.

أَلاَ صَلُّوا فِى الرِّحَالِ.

Maksud :"Solatlah di rumah".

Beliau mengatakan, dulu Rasulullah mememerintahkan tukang azan untuk melafazkan solat di rumah ketika suasana angin sejuk dan hujan. Perkara ini ada disebut dalam Sohih Muslim dan Sunan Abi Daud.

Sebab perintah solat di rumah ialah kesukaran (mashaqqoh) yang timbul daripada keadaan cuaca.

Atas analogi (sebab yang sama) bahkan kesukaran yang lebih besar lagi ketika berlakunya COVID 19, maka dicadangkan untuk menukar lafaz azan.

Oleh itu, jelas bahawa menukar lafaz azan disebabkan suasana yang mengundang sukar adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah dan para sahabat.

Tetapi, kalau mahu solat di masjid, tidaklah dilarang. Cuma jangan memperlekehkan orang yang ikut fatwa semasa. Antara hikmah keluarnya keputusan tukar lafaz ialah, memberikan jalan keluar dan rasa tidak berdosa kepada mereka yang memilih konsep tarkul waajibaat (meninggalkan urusan wajib) kerana bimbangkan kemudaratan diri. Setiap manusia ada tahap kerisauan masig-masing yang tak sama dengan orang lain.

Apakah Rasulullah lebih takutkan hujan daripada Allah ?

HARAP FAHAM.

Sumber: PU Azman

Comments