Berikut adalah cara lafaz niat puasa di Bulan Ramadhan.
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Panduan Lafaz Niat
- Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
- Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
- Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat setiap hari apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan melafaz niat setiap hari bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki.
* * *
Mengikut mazhab Syafi'e, wajib berniat pada setiap malam.
Akan tetapi, bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, dia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadhan. Namun begitu, sunat juga berniat pada tiap-tiap malam.
Sumber: Ust Syed Abd Qadir Al-Jofree
Comments