Saranan Umar Abdul Aziz Kepada Rakyatnya Saat Berlaku Bencana

Umar Ibn Abd al-Aziz saat berlakunya bencana pada zaman pemerintahan beliau, beliau mengajak rakyatnya berbuat:


1- Sedekah

Beliau berkata :

فَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ شَيْءٌ فَلْيَتصَّدَقْ به

Maksudnya : Sesiapa yang ada sesuatu, maka bersedekahlah dengannya.


2- Solat

Beliau berhujah dengan firman Allah S.W.T :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

Makasudnya : Telah berjaya mereka yang membersihkan diri. Dan dia menyebut nama Tuhannya kemudian dia mendirikan solat.


3- Menyarankan untuk dibaca tiga doa berikut :


“Ucapkan seperti yang disebut oleh bapa kamu Adam :

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami dan sekiranya Kau tidak mengampunkan serta merahmati kami nescaya kami akan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi.


“Ucapkan seperti apa yang diucapkan oleh Nuh A.S :

وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya : Dan jika tidak Kau ampuni serta rahmati aku, nescaya aku akan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi.


“Ucapkan seperti apa yang disebut oleh Yunus A.S :

لا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Tidak ada Tuhan selain-Mu. Maha suci Kamu, sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan mereka yang menzalimi diri sendiri.



Telegram.me/kabilahilmu

Comments