Mata Kita Mata Lebah atau Mata Lalat?

Pada suatu hari, Nabi Isa a.s bersama pengikutnya berjalan melintasi bangkai seekor binatang.

Pengikutnya mengatakan,
"Jijik dan buruknya bangkai ini."
Tetapi Nabi Isa a.s mengatakan,
"Alangkah cantiknya gigi bangkai ini."

Walaupun baginda melintasi perkara yang buruk, tetapi perkara pertama yang baginda pandang adalah perkara yang baik sebelum perkara yang buruk.

Pandangan yang positif ada dalam diri baginda itu sangat dominan. Melebihi dan menyelubungi pandangan negatif terhadap perkara lain.

Ini menjadi bukti bahawa, seseorang yang hatinya dekat dengan Allah, sesuatu yang dominan pada hatinya adalah pandangan keindahan dan kebaikan.

Jadilah orang yang mempunyai mata lebah. Mata lebah ini walaupun ia berada di kawasan yang busuk yang dipenuhi sampah sarap, dia pasti akan mencari di mana taman dan kebun bunga yang indah. Kerana ia mahu mencari sesuatu yang manis (POSITIF).

Dan jangan menjadi seperti mata lalat yang sentiasa mencari sampah sarap. Walaupun ia berada di kebun bunga yang indah, tetapi yang dicari tetap sesuatu yang busuk (NEGATIF).

Semoga Allah kurniakan kita sepasang mata yang sentiasa mencari kebaikan dalam setiap perkara.


Telegram.me/kabilahilmu

Comments