Mati Akibat Wabak Covid-19 / CoronaVirus Dikira Mati Syahid?



MATI AKIBAT WABAK CORONA & SYAHID

SOALAN :

Ada terdengar bahawa orang yang mati akibat wabak corona yang merebak sekarang ini adalah mati syahid.

Adakah benar kenyataan ini dan apakah makna mati syahid yang sebenarnya?

Saya pernah dengar ustaz menyebut bahawa mati syahid akibat penyakit ini akan mendapat pahala di akhirat nanti. Mohon penjelasan.

JAWAPAN :

Ulamak membahagikan mati syahid ini kepada dua bahagi yaitu syahid dunia dan syahid akhirat.

Bahagi yang pertama dinamakan syahid dunia dan jenazah mereka yang selalu disebut sebagai syuhadak.

Syahid dunia ialah orang-orang Islam yang mati kerana berperang dengan tentera kafir atau orang kafir dan inilah syahid yang paling tinggi kedudukkannya disisi Allah dan jenazah mereka tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan.

Manakala bahagi yang kedua ialah syahid akhirat yaitu orang Islam yang mati akibat terkena wabak penyakit dan yang mati akibat sakit di dalam perut dan yang mati lemas dan yang mati tertindih suatu yang berat dan besar seperti tertindih banggunan atau tertimbus tanah atau seumpamanya.

Orang-orang kafir yang mati dalam keadaan yang serupa tidak dikatakan syahid.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ : المَطْعُونُ وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِيقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ في سَبِيلِ اللهِ

Artinya : “Segala yang mati syahid itu lima yaitu mati kerana wabak taun dan sakit dalam perut dan mati lemas dan mati tertindih dan para syuhadak di jalan Allah.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Olih itu orang Islam yang mati akibat wabak penyakit corona yang sedang melanda dunia sekarang ini bolih dikatogerikan  sebagai mati syahid akhirat.

Memang benar apa yang saya sebut itu yaitu orang yang mati syahid akhirat yang tersebut di atas akan mendapat ganjaran pahala dari sebab kematiannya itu.

Berkata Imam Nawawi :

قال العلماء : وإنما كانت هذه الموتات شهادة بتفضل الله تعالى بسبب شدتها وكثرة ألمها ، قال العلماء : المراد بشهادة هؤلاء كلهم غير المقتول في سبيل الله أنَّهم يكون لهم في الآخرة ثواب الشهداء وأما في الدنيا فيغسلون ويصلى عليهم

Artinya : “Berkata para ulamak : Sanya adalah segala kematian ini disebut syahid dengan kurnia Allah Taala dengan sebab bersangatan ia pada azab sakitnya. Berkata ulamak : Yang dikehendaki makna syahid pada sekelian mereka ini yang tidak terbunuh pada jalan Allah sungguhnya mereka ini akan mendapat pahala mati syahid di akhirat. Ada pun di dunia maka  dimandikan dan disembahyangkan atas jenazah mereka.” (Kitab Syarah Muslim)

Wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus


Comments