Ibadat Paling Utama Pada Waktu Sahur Adalah Istighfar

Dalam memilih waktu terbaik untuk beristighfar, lakukanlah ia pada waktu sahur.

Antara ibadat paling utama pada waktu sahur, adalah istighfar. Allah SWT menyatakan, antara ciri golongan bertakwa adalah:

وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Maksudnya: "Mereka itu (golongan bertakwa) beristighfar pada waktu sahur."

Surah Al-Dzariyat (18)

Seorang lelaki telah mendengar doa dari sebalik dinding rumah Abdullah Ibn Mas’ud. Beliau berkata dalam doanya:

اللَّهُمَّ دَعَوْتَنِي ، فَأَجَبْتُكَ ، وَأَمَرْتَنِي ، فَأَطَعْتُكَ ، وَهَذَا سَحَرٌ فَاغْفِرْ لِي

Maksudnya: "Ya Allah, Kau memanggil aku lalu aku menyahut seruan-Mu. Kau perintah kan aku lalu aku melakukan ketaatan pada-Mu. Ini adalah waktu sahur, maka ampunkanlah aku."
.l
Tidak lama selepas itu, lelaki itu bertanya kepada Ibn Mas’ud, mengapa sebut: “Ini waktu sahur, maka ampunilah aku?”

Jawab Ibn Mas’ud: "Sesungguhnya Nabi Ya’qub menangguhkan doa pengampunan kepada anak-anaknya sehingga ke waktu sahur."

Beliau berkata :

سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّيَ

Maksudnya : "Aku akan memohon istighfar buat kamu dari Tuhan ku."

Imam Ibn Katsir (w. 774 h.) berkata :

فَإِنْ كَانَ الِاسْتِغْفَارُ فِي صَلَاةٍ فَهُوَ أَحْسَنُ

Maksudnya : "Sekiranya istighfar itu dilakukan di dalam solat (pada waktu sahur) maka itu adalah lebih baik."
.
Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (7/418)


Comments