Kisah Tentang Dua Orang Sahabat Yang Menampar dan Ditampar

Pada suatu hari, ada dua orang yang bersahabat berjalan di padang pasir. Ketika di pertengahan perjalanan mereka berdua berkelahi. Lalu salah seorang menampar sahabatnya sehingga terasa sakit. Tetapi dia diam.

Bahkan menulis di atas pasir, "Hari ini mukaku ditampar oleh sahabatku yang paling mulia".

Kemudian mereka sampai di satu laluan lalu mereka mendapati satu oasis. Mereka membuat keputusan untuk mandi di dalam air. Tetapi sahabat yang ditampar lemas ketika berenang. Lalu diselamatkan oleh sahabatnya yang menamparnya.

Kemudian dia terus mengukir di atas batu, "Hari ini sahabatku yang paling mulia telah menyelamatkan hidupku".

Kemudian sahabatnya menyoalnya, "Tatkala aku menamparmu, engkau menulis di atas pasir, tetapi tatkala aku menyelamatkan nyawamu dari lemas engkau menulis di atas batu pula, kenapa?"

Lalu dia tersenyum dan berkata, "Tatkala aku dilukai sahabatku maka aku menulis di atas 'pasir' kerana sebenarnya aku mahu supaya luka itu dihapuskan oleh tiupan angin kemaafan dan tatkala sahabatku melakukan sesuatu yang bagus maka aku tulis di atas 'batu' sehingga perkara itu menjadi kekal berlubuk di dalam hatiku".

Indahnya jika engkau mempunyai seratus sahabat dalam setahun. Dan sangatlah indah jika di sisimu ada seorang sahabat sepanjang usia.

Tidaklah semestinya engkau dapat melihatnya setiap hari. Yang penting ialah engkau mengetahui bahawa dia adalah seorang sahabat meskipun dia jauh.

Allah ta'ala berfirman:

الأخلاءُ يومئذٍ بعضهم لبعضٍ عدوٌّ إلا المتقين

Mafhumnya: "Orang-orang yang disayangi pada hari itu (Hari Kiamat) adalah musuh sesama mereka kecuali orang-orang yang bertaqwa".

Kenalilah orang yang anda mahu menjadikannya sebagai sahabat.

Seorang sahabat itu adalah penarik sama ada ke syurga atau ke neraka.

اللهم ارزقنا الصّحبة الصّالحة التي تدلنا على الخير وتعيننا عليه والتي تردّنا عن معصيتك، وتُعيننا على طاعتك.

Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sahabat-sahabat yang soleh yang menunjukkan kami kepada kebaikan dan membantu kami untuk melakukan kebaikan, dan yang dapat mencegah kami dari menderhakai-Mu dan menolong kami untuk mentaati-Mu".


Comments